bar

Friday, June 24, 2011

indierview : Frontman Company

Sergah ke Borneo pulak, layan- layan.

Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A: Asal Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan Band di tubuhkan kerna semua anggota band mempunyai minat yang sama iaitu muzik dan mengisi masa lapang dengan benda yang lebih berfaedah lagi. pendek kata, mahu menghasilkan karya dan berkongsi kepada orang ramai.

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A: Frontman Company... Asal band ini di tubuhkan dengan tidak mempunyai penyanyi. Bila suda jumpa penyanyi. Tiba-tiba muncul idea mahu mempunyai 2org penyanyi. Jadi kami memilih Frontman=merujuk kepada 2org penyanyi kami. dan Compan=merujuk ahli anggota yang lain.

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A: Band ini d tubuhkan pada pertengahan tahun 2008. Line up suda berubah iaitu gitar dan bass. yang dulu Razie(Gitar) & Lee(Bass)..Sekarang di ganti oleh Joe(Gitar) & Roots(Bass). dan 1org tambahan line up kami yang menjadikan kami 7org semuanya. Fahmi(Keyboard).

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A: Rock. Queen, Incubus, Silverchair, Aerosmith, Beatles, Dewa dan ramai lagi. :)

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A: Keistimewaan. Mungkin kami mempunyai 2orang penyanyi dan mempunyai 7org ahli anggota dalam band ini. Kami sekarang masih mencari "The Sound Of Frontman". Lau da jumpa ni mungkin inilah keistimewaan kami yang paling ketara..hihihihihihi...

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A: Kalau dulu mungkin penerimaan orang ramai kurang menggalakkan.Tapi sekarang industri indie di Malaysia ni setanding yang lain. Orang ramai suda mula dan boleh terima indie dalam kehidupan seharian. Banyak bakat yang ada luar sana yang perlu di ketengahkan..hihihihi.. dan rasanya industri indie ini perlu kekal dan harus terus ke depan untuk mewarnai lagi industri muzik tanah air kita.

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A: Bagi kami projek I'm singles seharus memang ada dari dulu lagi kerana banyak sebenarnya bakat2 anak muda kita yang terpendam dan melalui I'm singles kita boleh ketengahkan bakat-bakat mereka. I'm Singles merupakan satu channel untuk kita memperkuatkan lagi industri indie supaya terus mewarnai industri muzik tanah air kita. ROCK ON.. hihi

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A: masing-masing kami ada perkerjaan tetap sendiri.. so kalau xjadi band. kami jadi supporter la kali kan...hihihihi..coz we'all LOVE MUSIC.
Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A: Email: frontmancompany@gmail.com
    Facebook: www.facebook.com/musicfrontman (Official Band Pages)
    Twitter: www.twitter.com/frontmancompany
    Myspace: www.myspace.com/frontmancompany

Booking or invitation just email us or drop some message to the link above.


Q: okeh tu jela ye, panjang2 nanti takde orang nak baca hahaha
A: hahahaha..okey. ROCK TRUSS from Frontman Company.

No comments:

Post a Comment

facebook comment