bar

Friday, June 24, 2011

Indierview : Afterlife




Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A: Band kami berasal dari Putrajaya dan ditubuhkan kerana minat kami yang mendalam terhadap muzik dan ingin memeriahkan lagi industri dengan karya yang kami hasilkan dan cuba untuk membawa sedikit kelainan dalam muzik kami untuk diperkenalkan kepada scene di malaysia

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A: Band kami sebelum nie dah guna macam2 nama (spt: Black List,RnD,Twin Maple, Cynide dll )tetapi setiap kali nama tersebut ditukar kerana dirasakan kurang sesuai.. AfterLife Dipilih Oleh saya (salman azmi) secara kebetulan ketika menonton filem Resident Evil sequel yang keempatnya bertajuk AfterLife dan saya rasa nama tu menarik dan terus saya cadangkan kepada bandmates dan mereka bersetuju. Nama AfterLife juga seolah-olah membuka pintu rezeki bagi kami apabila kami lebih mudah dikenali apabila ramai yang menganggap kami nie peminat Avenged Sevenfold walaupun kami tak tahu langsung sebenarnya AV7 ader tajuk lagu nama afterLife.Tapi tempias tu buat org mengenali kami, alhamdulillah.

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A: Kalau diikutkan dah lama kami ditubuhkan, sejak dari tahun 2003 lagi,.. dan telah melalui byk pertukaran line up,.. tetapi kami mula betul2 serius untuk memulakan karier kami pada awal tahun 2009,sekarang AfterLife terdiri daripada sya Salman Azmi-Bass/vokal sementara, Arel- Gitar Dan Eijie- Drum dan kami bakal muncul dengan seorang vokalis baru yang belum rasmi lagi menyertai kami.

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A: Kami membawa genre Alternative Metal/Nu'Metal Dan Influence utama kami adalah Korn

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A: Jemput kami bermain, Lihat kami peform maka anda akan tahu bahawa kami memang istimewa :)

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A: Sedang Bekembang dan semakin meluas sekarang nie cuma masih terlalu slow berikutan daripada kurang pendedahan dari media dan peluang untuk mendapat platform masih lagi terhad

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A: Satu Projek yang sangat bagus bagi membantu Band2 Indie bagi menyebarkan karya mereka dan patut diteruskan bagi membantu scene di malaysia, kami juga salah satu band yang turut menyambut seruan projek i'm singles tersebut

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A: Jadi penjawat awam jela.. hahahaha

Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A: Melalui Facebook kami dan No Telefon kami yang tertera di face book kami

Q: okeh tu jela ye, panjang2 nanti takde orang nak baca hahaha
A: Ok,.. Terima Kasih Banyak2 kerana sudi Menemuramah kami, Insyaallah kami akan menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi memeriahkan lagi industri muzik negara..peace!! \m/

No comments:

Post a Comment

facebook comment