bar

Friday, June 24, 2011

MODA MOODY


Genre
ska, soul, reggae, 60s
Members
Latest Line up (2011):

Sara - Sessionist Vocal
Mieenang 69 - Lead Guitar
Parkri - Bassist
Rasul - Keyboardist
Fad - Drummer
Zul - Rhythm guitar

For Information,Gig's/Show booking:
013-3560641
Hometown
Bandar Sunway, PJ (Selangor)
Record label
Youth Culture Records
About
MODA MOODY telah rilis album pertama berjudul 'Dan Rudies Terus Menari' pada Disember 2009.
Biography
MODA MOODY ditubuhkan secara tidak rasmi pada Mac 2007 dengan nama SKALA REKTAR yang merupakan singkatan kepada perkataan 'Ska lagu rentak tari'.

Pada Julai 2007, nama MODA MOODY mula diperkenalkan ketika SKALA REKTAR diundang menyertai Ska & Reggae party di Rasta Shack. Nama MODA MOODY adalah gubahan dari maksud perkataan asal 'Muda Mudi'.

Pada Ogos 2007, MODA MOODY mula memasuki studio rakaman. Lagu 'Temanku' & 'Tak Mengerti' adalah dua lagu original terawal yang dirakamkan. Kedua-dua lagu tersebut dimuatkan dalam album kompilasi This is Youth Culture volume 1. Vokalis yang menyanyikan lagu tersebut adalah Ekin (Nia). Ekin juga telah merakamkan tiga lagi lagu demo original iaitu Ini Ska, Muda Mudi dan Nostalgia Pelangi Mimpi.

Pada Februari 2008, MODA MOODY telah menghasilkan vcd single pertama berjudul 'Live in Peach To World 2008'. Vcd tersebut dirakamkan secara 'live' menggunakan handycam. Vokalis band dalam vcd tersebut adalah Ain.

Pada Mei 2009, album kompilasi This is Youth Culture volume 2 rilis. Album tersebut memuatkan sebuah lagu original berjudul Skala Rektar yang disampaikan oleh vokalis Sara yang mula menyertai MODA MOODY sejak Mac 2008.

Pada Ogos 2009, MODA MOODY menyertai album kompilasi 'Senandung Pawer-Kord'. Album tersebut memuatkan lagu cover Rahimah Rahim berjudul Gadis Dan Bunga yang dirakam kembali dengan acuan muzik MODA MOODY.

Pada Disember 2009, album penuh pertama MODA MOODY berjudul 'Dan Rudies Terus Menari' rilis di pasaran. Album tersebut memuatkan 10 buah lagu rakaman baru. Senarai lagu dalam album pertama adalah Moda Moody, Dan Rudies Terus Menari, Melodi Untuk Rina, Tak Mengerti, Hidup, Ini Ska, Sunshine, Siapa Kata Ku Tak Rindu Kepadamu, Muda Mudi & Nostalgia Pelangi Mimpi.

(read less)
Current Location
Kuala Lumpur & Bandar Sunway
General manager
Adie Yc
Booking agent
012 3560543 / 013 3560641 / 017 6796042
Press contact
bebas
Artists we also like
P.Ramlee & Saloma.
Influences
The Selecter, Judge Dread, The Special, Madness, The Skatalites, Bad Manners, The Kinks etc.
Website

1 comment:

  1. profile moda moody ni ada kesilapan...latest list members 2011 dh betul tp salah paparkan picture band 2010..3 org yg ada dlm pic tersebut dh x aktif dlm band. For 2011, moda moody ada perubahan line up & update pic terbaru boleh amik dlm koleksi pic event modern flashback scooter club atau koleksi pic masa shooting klip video untuk MUZIK AKTIF 180 astro.

    ReplyDelete

facebook comment