bar

Friday, June 24, 2011

Jack Dzull





Biography
Profile Jack Dzull

Bermula dengan tawaran menyanyi dari Syarikat Ahmad Taufik, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dzulkiffli Jalil anak kelahiran Klang, Selangor telah memulakan kariernya sebagai penyanyi professional pada tahun 1980. Dua tahun selepas itu, beliau telah menubuhkan Kumpulan Headlights sebagai penyanyi utama. Beliau telah menggunakan nama pentas ‘Jack Dzul’. Jack adalah nama yang dipilih dari rancangan TV Kojack lakonan Telly Savalas. Album pertama yang berjudul ‘Halilintar’ telah diterbitkan oleh Roslan Aziz pada tahun 1983, edaran Warnada Records. Rasa tidak puas hati bersama Kumpulan Headlights memuncak apabila lagu ciptaan dan lirik beliau berjudul ‘Kasih’ dicetak atas nama kumpulan. Lagu ini telah tersenarai dalam rancangan lagu popular minggu ini (LPMI) siaran Radio Ibu Kota. Setelah bertindak keluar dari kumpulan, Jack Dzul telah merantau ke Indonesia pada tahun 1986.

Ditawarkan kerja sebagai front office cum penyanyi di Dharma Deli Hotel, Medan. Tiga bulan selepas itu, beliau telah berhijrah ke Jakarta. Tempat pertama menyanyi ialah di Tahiti Lounge Jalan Hayam Wuruk. Dengan ramai kenalan baru, beliau telah bertanding dan mendapat tempat kedua dalam rancangan ‘Wajah Baru’ terbitan TVRI Senayan. Namun masaalah imigresen, beliau gagal untuk aktif di stesen itu. Selepas beberapa saringan beliau telah menjadi penyanyi residen di Swinging Pub, kepunyaan Kumpulan Pamber Brothers. Membuat persembahan merata tempat di Jakarta, Bandung dan Jogjakarta. Oleh kerana tertekan dengan masaalah peribadi, beliau telah pulang ke Malaysia pada awal tahun 1990.

Merakam album solo pertama terbitan A.Ali ditaja Syarikat SlamatDelimaz Sdn. Bhd. Rakaman ini gagal kerana sikap produser yang suka membawa masaalah. Namun Jack Dzul tidak pernah mengalah untuk mencapai cita-cita. Pada tahun 1996, beliau telah dipilih oleh Omar Taib sebagai pemuzik/penyanyi Kombo Kompleks Budaya Negara (Istana Budaya) dan telah membuat persembahan di World Trade Festival di London, Dubai, Iran, Pakistan dan hampir semua Negara-negara Asean. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk terus aktif termasuk memenangi beberapa pertandingan seperti Sinaran Pasport Kegemilangan, Rancangan Komposer anjuran TV3 dan Rancangan Who Will Win anjuran NTV7.

Pada tahun 2008, beliau telah menerbitkan sendiri album single berjudul ‘ANDAI….KEKASIH…’ BERKONSEPKAN Keroncong Pop dengan gubahan muzik oleh Mohar (Mohram). Tertekan dengan tidak tentu hala tuju single ini, beliau nekad merakamkan sebuah lagi lagu dengan harapan menjadi killer song yang berjudul ‘Rahsiaku’ yang berkonsepkan muzik SKA, diiringi Kumpulan Gerhana Ska Cinta.

Semoga lagu terbaru ini menepati cita-cita dan harapan yang selama ini terpendam berpuluh-puluh tahun. Kini Jack Dzul masih lagi berkhidmat di Istana Budaya sebagai pemuzik/penyanyi.

Penantian sekian lama Jack Dzul akhirnya berbaloi apabila pada 18 Oktober 2010 dengan kerjasama syarikat Life Records sebagai pengedar, mini albumnya yang mengandungi 6 buah lagu dan diberi judul JACK DZUL 'RAHSIA KU' akhirnya memasuki pasaran tempatan dengan harga RM15.60. (read less)
Gender
Male
Current Location
Kuala Lumpur
General manager
Dzulkiffli Jalil
Booking agent
Afiza Abdul Aziz
Press contact
Afiza Abdul Aziz Hp : 017-3433472
Artists we also like
Band-Band I'M Singles
Influences
Sejak bekerja di Istana Budaya daripada seorang 'Mat Rock' sy telah menjadi 'Mat Budayawan'. Oleh kerana ingin menyahut cabaran kerajaan supaya lagu2 etnik tidak dilupakan sy telah mencipta lagu2 berentak 'Keroncong pop' yg dimuatkan di dalam album single sy spt Andai...Kekasih & Dunia Hari Ini. Jika dilihat daripada muzik keroncong kalau kita naik kan sikit temponya ia akn menjadi 'Reggae' & kalau dinaik kan lagi sikit temponya ia menjadi 'SKA'. Oleh kerana lagu2 keroncong pop sy agak slow penerimaannya sy telah mencipta sebuah lagi lagu berentak 'ska' yg berjudul "RAHSIAKU" yg menjadi judul album single sy yg terbaru yg memuatkan 6 buah lagu yg kini boleh didapati di pasaran. Semoga usaha sy kali ini mendapat tempat di hati anda semua & membuahkan hasil.....terima kasih.
Band interests
James Brown

No comments:

Post a Comment

facebook comment