bar

Friday, June 24, 2011

Indierview : SuperSyazwan



Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A:Dari kuala lumpur dan penubuhan supersyazwan sebenar pada awalnya tidak serius kerana syazwan mula dengan saja-saja buat lagu kebetulan AG COCO dari kumpulan hujan baru membuka studio dan saja meminta pertolongan AG untuk merakamkan lagu. Selepas siap single "Skandalism" dan ingin mendaftarkan lagu di MACP mereka memerlukan 5lagu untuk layak menjadi ahli.dan syazwan membuat keputusan untuk teruskan perjuangan di industri.

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A:Supersyazwan. Perkataan inggeris itu membawa erti yang cukup banyak dan segalanya menjurus kepada kesempurnaan.Bukan saya seorang sahaja yang mementingkan kesempurnaan. Dari situlah datang idea untuk meletakkan perkataan "Super" di hadapan nama saya untuk digunakan sebagai nama komersial.

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A: Pada asalnya syazwan bersama band "The Psychopath" pada tahun 2008. dan pada tahun 2009 ahli kumpulan ada urusan yang tidak boleh dielakkan maka syazwan ambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A:Supersyazwan lebih fokus kepada rock moden dan punk rock. dan untuk lagu akan datang akan ada unsur ballad sedikit untuk memastikan lagu dapat diterima oleh semua golongan.

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A:istimewa Supersyazwan adalah untuk memastikan semua golongan dapat menerima muzik yang ingin disampaikan.

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A:bagi syazwan. Indie di malaysia sebenarnya hebat.cuma kurang pendedahan sahaja.

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A:Sangat Bagus dan TERBAIKKK!!! sebab siapa lagi nak tolong orang kita (indie) kalo bukan kita sendiri? kita akan buktikan kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa kita juga dapat berjaya dengan usaha kita sendiri.

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A:Syazwan berkerja di sektor kerajaan sebagai Pembantu Akauntan kerana ini adalah kerja hakiki saya.

Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A:Boleh berhubung melalui FACEBOOK/TWITTER/MYSPACE/REVERBNATION cuma cari "supersyazwan" untuk memanggil untuk sebarang acara sila email ke supersyazwan@yahoo.com.

Perkembangan terbaru : Akan keluar single kedua berjudul "Dahku Kata Jangan" berduet dengan Muzzy iaitu Mentor saya ;)

No comments:

Post a Comment

facebook comment