bar

Wednesday, June 29, 2011

Indierview : THE MARJANS

Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A: asal THE MARJANS ni actually di tubuh kan sebab minat terhadap music dan juga minat bermain music. background family masing semua ade kaitan dgn music. so selalu gather ramai and tecetus la idea untuk tubuh kan band ni.

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A:kami berlima ni related, semua sepupu sepapat, and nama THE MARJANS tu di petik dari nama atuk kami iaitu MARJAN b. ISMAIL. we adore him so much and decided untuk pakai nama MARJAN sebagai nama band kami, maka lahir la THE MARJANS

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A:we all start main bersama sejak 2007, and mula serious and start tulis lagu sendiri pada tahun 2009. Line Up tak pernah berubah, cuma position je berubah, yg dulu main guitar dah jadi drummer, and yg si drummer dah main guitar :)

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A: genre utama kami alternative rock, influence kami banyak di pengaruhi music-music dari band seperti, MAYDAY PARADE, THE RED JUMPSUIT APPARATUS, MCR, METALLICA, OH CHENTAKU.

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A: kami rase kami betul2 berbangga and mempraktik kan definasi INDIE BAND, sbb we are all totally being independent in this industry, kami produced lagu2 kami 100% home based. Kami record, buat arrangement, mixing, mastering and produced 100% sendiri dekat rumah. akhir kata "we are indie, not the genre" :)

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A: first of all, industry indie di malaysia ni telah berkembang dgn sgt sgt sgt pesat, ini memberi satu petunjuk bahawa in the creative industry we malaysian is in the developing process. tapi ape yg kami dpt lihat disini ialah kebanyakan band2 indie di malaysia seperti sudah berpuas hati dgn apa yg mereka telah kecapi. dengan persaingan antara band2 akan jadi terbatas di suatu tahap satu hari nanti.

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A: projek I'm Single ini adalah suatu konsep yg terbaru dan sgt sgt baik didalam industry hiburan tanah air, bukan sahaja industry music indie. disini satu kumpulan yg besar iaitu 100 band indie dimalaysia akan dpt menimba pelbagai pengalaman baru, sperti beraksi di pentas live, jelajah ke pelbagai lokasi pertunjukkan dan byk lagi. dpt expose kan band2 ini dlm management band dan byk lagi la :)

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A: kami akan jadi BEN 10 :) ntah la kalau kami tak tubuh kan band ni mungkin kami akan masih di dalam bidang ini, seperti hobi menulis lagu, record demo. produced kan untuk adik2 ke kawan2 ke, yg penting dlm bidang production jugak la, pendek kata, cerite die sama jugak tak lari mana masih terlibat dlm music ehehehehhe.

Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A:facebook page kami facebook.com/themarjans atau
boleh call directly di number 0176224243 saudara ALIF akan layan anda.

Q: okeh tu jela ye, panjang2 nanti takde orang nak baca hahaha
A: kalau tak nak baca meh tgk video kami http://www.youtube.com/user/TheMarjansCLAN :) sekian terima kasih!!!!!

No comments:

Post a Comment

facebook comment