bar

Wednesday, June 29, 2011

Indierview :Broken Back Memo

Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A: Broken Back Memo (BBM) berasal dari Gelang Patah, Johor Bahru. Tujuan penubuhan BBM atas dasar cinta kepada muzik & ingin menjadi sebuah band yang konsisten (popular adalah pakej, itupun kalau popular). Rezeki masing-masing..

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A: Broken Back Memo sebenarnya diambil melalui pengalaman setiap anggota BBM sendiri di mana mereka ini membesar dengan kehidupan yang boleh dikatakan teruk. Sosial life yang boleh merosakkan. Tidak ada pengetahuan ilmu atau masing-masing kurang didikan dan pelajaran. Ada yang belajar separuh jalan. Jadi, dengan penubuhan BBM mereka dapat kenalpasti bahawa mereka mempunyai kekuatan & bakat tersendiri dalam bidang muzik. Oleh yang demikian, atas kesilapan, sejarah hitam masa lalu dan kekurangan perkara-perkara yang lalu mereka menamakan band mereka sebagai Broken Back Memo.

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A: BBM ditubuhkan sekitar bulan Ogos 2008. Pada awalnya, BBM mempunyai 5 anggota. Tahun 2010, mereka kehilangan bassist utama kerana menarik diri & mereka bergerak berempat hingga awal tahun ini. Tapi sejak menyertai I'M Singles, mereka membuat sedikit pembaharuan & dalam masa sama BBM kehilangan seorang lagi pemain gitar utama kumpulan ini (menarik diri atas masalah peribadi). Namun, pembaharuan yang dibuat boleh dirasakan agak tepat kerana BBM berjaya mendapat seorang lagi pemain gitar utama yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang muzik dan penambahan seorang pemain keyboard. So, sekarang jadi BBM mempunyai 5 orang anggota yang bakal meneruskan perjuangan untuk hari-hari seterusnya.

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A: BBM membawa genre pop punk, rock & alternatif. Tapi rasenya, band ini akan terus mencipta lagu pelbagai genre. InsyaAllah....BBM ni banyak influence daripada band-band ternama tanah air jugak macam Hujan, Bunkface, Meet Uncle Hussein dan band2 luar seperti band2 dari Jepun dan banyak lagi. Kami tak tiru, tapi kami belajar bagaimana sesuatu lagu itu diolahkan supaya tiada kekosongan apabila lagu itu dimainkan.

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A: Tiada yang istimewa tentang kami, cuma muka kami je lagend..tapi kami qiut..kahkahkah..Sebenarnya tiada yang istimewa cuma mungkin kami membesar dalam keadaan yang cukup dramatik (payah)..hehe..so, kami banyak belajar supaya jadi bersabar, lebih-lebih lagi nak mengekallkan BBM bertahan sampai bila-bila.

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A: Industri Indie di Malaysia boleh dikatakan seperti kalkatu yang keluar lepas hari hujan, banyak wooo....masing-masing mempunyai power dan bakat tersendiri. Cuma, pada kami industri ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan perlu disokong oleh ibu bapa, guru, syarikat-syarikat swasta, badan2 kerajaan dan sbagainya..termasuk media massa. Our local scene is good what??betol x??hehe...apapun kepada semua penganjur yang berjaya memberi semangat kepada pemuzik2 indie di Malaysia, keep it up guys..tanpa anda siapalah kami..

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A: Pada pendapat kami, ini adalah satu projek yang terbaik dan kami rasa ini 1st time dilakukan oleh pihak demo planet tv & pentas aksi. kami sangat2 terharu dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk join this project. Kami sentiasa menyokong, dan akan terus memberikan komitmen yang terbaik untuk mengangkat & memperkenalkan lagi project I'M Singles ini.

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A: Kitorang xjadi orang klu tak jadi band agaknya..hahaha.. silap2, ada lagi yang masih merempit, menganggur, xpun kitorg buat filem JB Gangster..hahahaha

Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A: Kalau nk berhubung dengan ktorg, boleh hubungi manager kami...iaitu Saudara Ajid..hahahah..di talian 0177687619.. Kerana beliau lah, BBM still kekal bertahan sampai sekarang..

No comments:

Post a Comment

facebook comment