bar

Saturday, June 25, 2011

Indierview : Pheelers


Q: Pertama nak tanya, dari mana asal band anda? dan apakah tujuan penubuhannya?
A:kami semua berasal dari lain2 negeri seperti Perak,Johor dan K.L,namun kami semua skrg menetap di K.L.Tujuan penubuhan band ini adalah kerana minat kami semua terhadap muzik dan ingin cuba mengetengahkan bakat2 kami semua.

Q: kenapa bagi nama band macam tu ye?
A:nama Pheelers diberi oleh gitaris utama kami iaitu AJ.Feelers jika dimelayukan bermaksud antena pada serangga yang fungsinya adalah deria untuk mengesan sesuatu,sama juga dengan kami yang juga menggunakan deria kami untuk mengesan muzik yang kami cuba sampaikan dan para pendengar akan 'feel' lagu kami.

Q: Tahun bila ditubuhkan? Line up masih sama ke?
A:pheelers ditubuhkan pada penghujung 2009 yang pada asalnya anggota semua ada 5orang,namun setelah ada yang tidak dapat beri komitmen untuk band,kami hanya tinggal bertiga sahaja.

Q: korang bawak genre apa? Dan dari siapa influence di ambil?
A:genre yang kami pilih adalah New Edge Rock/Alternative Rock yang mana influence kami adalah seperti Muse,Keane,Sigur Ros,Coldplay dan beberapa band lagi.

Q: Apa yang istimewanya korang ni?
A:istimewanya pheelers adalah kerana kami mempunyai seorang perempuan dalamband ini yang bertindak sebagai pemain gitar kedua.

Q: Apa pendapat korang tentang industri indie di Malaysia?
A:indutri muzik indie di Malaysia kini semakin menjadi fenomena seni kerana akhirnya banyak bakat2 baru yang muncul untuk ketengahkan bakat dan juga jenis muzik yang berlainan.

Q:Apa pendapat korang tentang Projek I'm Singles?
A:projek i'm singles ini adalah satu usaha yang sangat bagus n bijak kerana dengan ini band2 indie berpeluang untuk perkenalkan band n muzik mereka kepada pencinta muzik .

Q: kalau korang tak jadi band, korang jadi ape? hahahaha
A:mcm vokalis kami iaitu Ayen,mungkin akan menjadi arkitek...hehe,AJ pula mungkin menjadi pengurus studio n Fatin pula mungkin menjadi guru muzik..hehe

Q: camne nak contact dan berhubung dengan korang?
A:semua maklumat tentang kami boleh dapat kat fb kami iaitu www.facebook.com/pheelers

No comments:

Post a Comment

facebook comment